APA ITU STRESS?
Stress bermaksud tekanan yang berlebihan dan akhirnya akan memudaratkan kesihatan kita.
Secara umumnya semua orang akan mengalami stress terutamanya remaja. Hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang "fragile". Cabaran yang mereka hadapi biasanya berkaitan dengan PERASAAN, PELAJARAN dan MASALAH PERIBADI. Stress merupakan pekara yang normal namun apabila kita menghadapi tekanan stress berlebihan, kesihatan kita akan terganggu.
MENGATASI STRESS!
HOBI
Saya yakin kita semua mempunya hobi bukan? Hobi saya ialah membaca,menyanyi dah bersukan. Apabila kita mengahadapi stress. Ambil masa anda untuk bertenang dan lakukanlah hobi anda. Saya akan menyanyi apabila mengalami stress. Anda cubalah. Saya yakin anda boleh!
MEDITASI
Ambil masa yang sesuai untuk anda bermeditasi. Menyendiri dan tenangkan fikiran. Anda juga boleh berdoa kepada Tuhan agar anda diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran.
PENGURUSAN MASA
Sebagai seorang insan yang berjaya anda harus pandai mengurus masa. Hal ini demikian kerana pengurusan masa mampu mengurangkan risiko anda untuk menghadapi stress. Lakukan pekara ringkas seperti menyediakan jadual waktu. Tips ini amat berguna bagi para pelajar. Pengurusan masa mampu membantu anda mencapai kejayaan.!
HARAPAN
Saya harap perkongsian yang saya berikan serba-sedikit dapat membantu anda. Ubah diri anda untuk berjaya! Terima Kasih.





